Thursday, June 11, 2009

Berumahtangga

Musim orang kawin mula melanda negara kita. Asal ada je cuti sekolah maka adalah kenduri kendara. Kita yang dijemput sama-sama menggembirakan pasangan pengantin yang beru menjejakkan kaki ke alam perkahwinan. Amat berbeza dengan zaman bercinta. Betul kan.... Masa bercinta, perasaan kasih sayang tu membuak-buak rasa dalam hati. tidak ada cacatnya pada kekasih kita tu. Tapi, perasaan tu mula berubah bila telah lama berada di alam perkahwinan. Hairan yea. Macam mana perkara sebegini selalu terjadi? Sedangkan ada yang bercinta sehingga bertahun-tahun lamanya. tapi bila berkahwin, tak sampai seorang anak pun dah sibuk nak bercerai-berai. Rapuh sungguh kasih sayang tu bile dah hidup bersama.

Banyak perkara-perkara penting yang perlu diambil tahu sebelum membuat keputusan nak berumahtangga atau dengan kata lain nak memikul AMANAH! Bukan senang nak melaksanakan amanah ni. Suami perlu memikul amanah sebagai pembimbing dan pendidik kepada isteri dan anak-anak dengan sebaik-baiknye. Sekiranya dia tidak dapat melaksanakan amanah tersebut maka sukarlah keadaanya di akhirat kelak. Bajailah keluarga itu dengan kasih sayang dan keimanan. Semoga perkahwinan ku dibawah keredhaan Allah...

Tuesday, April 14, 2009

KONVO datang lagi...

Dah hampir 3 hari konvokesyen di tempat kerja aku berlangsung. Meriah dengan kehadiran ibubapa yang bangga merayakan kejayaan anak-anak mereka setelah 3 tahun bertungkus lumus berjuang untuk menggenggam segulung sehelai Diploma atau Sijil. TAHNIAH aku ucapkan kepada graduan-graduan tersebut. Bila melihat wajah-wajah ceria ibubapa serta adik beradik lain yang sedang bergembira meraikan kejayaan kakak atau abang mereka, aku merasa terharu. Terharu melihat kegembiraan mereka meraikan anak mereka. Aku tahu banyak yang telah mereka korbankan demi ingin melihat anak-anak mereka berjaya. Aku masih ingat lagi ketika aku konvo di UUM dahulu. Waktu tu aku belum kerja lagi. Setakat mengajar tusyen dirumah sendiri berapa sangat lah yang aku dapat. Abah pula dah bersara dari tentera. Adik-adik ada yang masih bersekolah dan angah ada di UM. Of course belanja untuk keluarga abah kene spend lebih. Jadi dengan kereta Toyota DL lama abah aku tu, berjaya juga kami sekeluarga merayakan hari konvo aku. Cuma angah and acu je tak dapat ikut. Sebab kereta tak muat... hehehe... Seronok, memang tak dapat diluahkan dengan kata-kata. Sebab walaupun kaki abah tak berapa sihat, dapat juga dia tengok anak sulung dia ni berdiri di pentas menerima segulung ijazah. Rasa nak nangis aku waktu tu. Tapi dalam kenangan di hari konvo tu, bukan pertemuan dengan kawan-kawan yang paling aku ingati. Tapi EMAK! Aku sungguh-sungguh tak sangka apabila aku keluar dari dewan aku tercari-cari mak aku. Dan bila aku jumpa, aku tengok ditangan dia ada sejambak bunga..... Aku rasa sedih sangat. Bukan sebab apa.. Bunga waktu konvo memang mahal. Dan dalam keadaan kewangan kami masu tu memang tak mengizinkan kami berbelanja lebih-lebih. Tapi mak dapat belikan aku bunga... terharu sungguh aku rasa... Memang aku nak menangis waktu tu. Tapi aku cuba tahan. Aku dapat rasakan yang muka aku dah merah padam waktu tu dan terus aku cium mak dan peluk mak. TERIMA KASIH MAK!!! Hanya ALLAH saja yang dapat balas semua kebaikan mak pada Along dari saat Along dalam perut sampailah sekaranga ni... Along doakan mak sentiasa sihat, gembira dan bahagia selalu. Terima kasih abah sebab bersusah payah mencari duit siang malam demi nak menyekolahkan kami adik-beradik. Along doakan abah sentiasa sihat, gembira dan bahagia selamanya. Sayang mak abah.

Sedih!

Sedih! Memang sedih. Dari cerita sahabatku menyatakan apa yang berlaku antara dia dan suaminya, membuatkan aku menjadi sedih. Sahabatku cerita yang suaminya memang mempunyai hobi yang bukan pelik tapi kadng kala boleh menjadi satu masalah dalam hubungan mereka. Buktinya tentang kes yang satu ni.

Suaminya memang mengidamkan sebuah motor besar. Virago. Dah lama suaminya katakan yang dia ingin memiliki motor tersebut, namun kekangan kewangan tidak mengizinkan. Sahabat saya ni tak kisah kalau itu yang suaminya inginkan. Tetapi, seperti yang dah diberitahu tadi, kalau tak ada duit lebih baik tak payah beli. Tunggu satu masa lain yang mungkin mereka ada duit bolehla. Lagipun pada fikiran sahabat saya apalah salahnya kalau suaminya memang menginginkan motor tersebut andainya duit tu cukup. Sahabat saya ni baru sahaja membuat pinjaman. Ada lebihan duit dan dia berhasrat nak melaburkan duit tu. Tetapi dengan tak disangka-sangka, suaminya, tanpa perbincangan dengan si isteri ni tadi, terus membuat keputusan nak membeli motor Virago yang dia lihat dalam sebuah laman web. Dia mintak tolong dari isteri yang tengah berduit ni untuk meminjam dulu wang tersebut. Sahabat saya ni pula ingatkan suaminya olok-olok je. Rupa-rupanya tanpa berfikir panjang dan perbincangan dengan isteri dia dah pun bawak balik motor tersebut. Nak marah pun ada. Tapi nak buat macam mana... Dah suaminya macam tu... kalau dapat sokongan kawan-kawan dia lagi dia pantas bertindak berbanding dengan sokongan atau saranan si isteri. Malang betul! Nak dijadikan cerita, sebelum ni si isteri memang dah bagi sejumlah 5 angka pada si suami untuk suami menyelesaikan beberapa urusan kewangan. tapi masalah tak dapat diselesaikan sebab duit tu digunakan untuk membayar harga motor tersebut. nak tak nak terpaksalah bagi lagi pinjam 5 angka suami. Duit mana dia ambil? Duit yang sahabat saya nak laburkan ni! Bayangkanlah, suami tak ada simpanan. Anak dah ada sorang. takkan hidup nak dikelilingi hutang. Duit yang ciput tu lah isteri dia nak guna untuk pelaburan. At least, jaminan bila tak berduit akan datang. Tapi dengan janji-janji palsu yang suami ni bagi kan, sehingga hari ni tak ada kepastian lagi sama ada dia akan dapat balik atau tidak duit tu.. Berkecai harapan dia nak buat pelaburan. Nak buat duit.

Kesian sahabat aku ni... Kalau kita fikirlah kan, kalau isteri tu senang, suami akan senang tak??? Aku rasa , mesti dia boleh senang. Sebab isteri tu ada duit sendiri nak beli apa-apa untuk kepuasan diri dia. nak mengharapkan sesuatu dari suami yang sebegini, rasanya kene berdoa selalu lah... mungkin baru boleh dapat... Cuma aku harapkan agar sahabat aku ni akan terus sabar menghadapi konflik keluarga dengan suami yang sebegini dan semoga suaminya kan berubah pada suatu hari nanti... Amin... Dan hanya agama sahaja yang dapat membantu kita hidup lebih bahagia dan harmoni bersama...

Ianya bermula...

Dah lama aku rasa nak memulakan bicara dalam blog sendiri. Tapi belum ada kesempatan nak memulakan. Tapi aku cuba luangkan masa untuk membina laman aku di siber ini, dan menjadi juga akhirnya. Alhambulillah. Dan aku mengharapkan agar blog aku ini dapat selalu diaktifkan sekiranya aku berkesempatan. InsyaAllah...