Tuesday, April 14, 2009

Sedih!

Sedih! Memang sedih. Dari cerita sahabatku menyatakan apa yang berlaku antara dia dan suaminya, membuatkan aku menjadi sedih. Sahabatku cerita yang suaminya memang mempunyai hobi yang bukan pelik tapi kadng kala boleh menjadi satu masalah dalam hubungan mereka. Buktinya tentang kes yang satu ni.

Suaminya memang mengidamkan sebuah motor besar. Virago. Dah lama suaminya katakan yang dia ingin memiliki motor tersebut, namun kekangan kewangan tidak mengizinkan. Sahabat saya ni tak kisah kalau itu yang suaminya inginkan. Tetapi, seperti yang dah diberitahu tadi, kalau tak ada duit lebih baik tak payah beli. Tunggu satu masa lain yang mungkin mereka ada duit bolehla. Lagipun pada fikiran sahabat saya apalah salahnya kalau suaminya memang menginginkan motor tersebut andainya duit tu cukup. Sahabat saya ni baru sahaja membuat pinjaman. Ada lebihan duit dan dia berhasrat nak melaburkan duit tu. Tetapi dengan tak disangka-sangka, suaminya, tanpa perbincangan dengan si isteri ni tadi, terus membuat keputusan nak membeli motor Virago yang dia lihat dalam sebuah laman web. Dia mintak tolong dari isteri yang tengah berduit ni untuk meminjam dulu wang tersebut. Sahabat saya ni pula ingatkan suaminya olok-olok je. Rupa-rupanya tanpa berfikir panjang dan perbincangan dengan isteri dia dah pun bawak balik motor tersebut. Nak marah pun ada. Tapi nak buat macam mana... Dah suaminya macam tu... kalau dapat sokongan kawan-kawan dia lagi dia pantas bertindak berbanding dengan sokongan atau saranan si isteri. Malang betul! Nak dijadikan cerita, sebelum ni si isteri memang dah bagi sejumlah 5 angka pada si suami untuk suami menyelesaikan beberapa urusan kewangan. tapi masalah tak dapat diselesaikan sebab duit tu digunakan untuk membayar harga motor tersebut. nak tak nak terpaksalah bagi lagi pinjam 5 angka suami. Duit mana dia ambil? Duit yang sahabat saya nak laburkan ni! Bayangkanlah, suami tak ada simpanan. Anak dah ada sorang. takkan hidup nak dikelilingi hutang. Duit yang ciput tu lah isteri dia nak guna untuk pelaburan. At least, jaminan bila tak berduit akan datang. Tapi dengan janji-janji palsu yang suami ni bagi kan, sehingga hari ni tak ada kepastian lagi sama ada dia akan dapat balik atau tidak duit tu.. Berkecai harapan dia nak buat pelaburan. Nak buat duit.

Kesian sahabat aku ni... Kalau kita fikirlah kan, kalau isteri tu senang, suami akan senang tak??? Aku rasa , mesti dia boleh senang. Sebab isteri tu ada duit sendiri nak beli apa-apa untuk kepuasan diri dia. nak mengharapkan sesuatu dari suami yang sebegini, rasanya kene berdoa selalu lah... mungkin baru boleh dapat... Cuma aku harapkan agar sahabat aku ni akan terus sabar menghadapi konflik keluarga dengan suami yang sebegini dan semoga suaminya kan berubah pada suatu hari nanti... Amin... Dan hanya agama sahaja yang dapat membantu kita hidup lebih bahagia dan harmoni bersama...

1 comment:

  1. alaaa...piah..sedihnye!!
    huhuhuu..k.nora mcm tau je sape..anyway, tlg smpikan pesan k.nora pada kwn piah ye..bsabar selalu, berbincang sentiasa dgn suami dan cuba untuk bertegas dgn suami sebegini, barangkali ketegasan yg dtg sekali sekala pd si isteri membuatkan si suami buka mata dan sedar bahawa isteri beliau tak lagi sewenang-wenangnya menjadi 'banker' dan biar si suami bersusah payah untuk mendapatkan sesuatu...

    k.nora bukan apa, geram dan mahu kwn piah berhati2 sebab kebarangkalian yang dtg boleh membawa 1001 cerita yang x diingini..

    wallahualam.

    ReplyDelete